Tarikh | : 8 Ogos 2021 |
Masa | : 11.00 am - 4.30 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Pelajar tahun 4 & 6, tingkatan 5 |
Tujuan:
Memberikan kelebihan dan kebaikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di luar bandar untuk mendapatkan kelas tambahan dalam subjek-subjek yang dipilih.
Aktiviti:
Dua pelajar sekolah rendah (tahun 4 & 6) telah menghadiri e-tuisyen subjek Matematik dan Sains serta seorang pelajar tingkatan 5 menghadiri e-tuisyen untuk subjek Bahasa Inggeris dengan menggunakan aplikasi Zoom iaitu secara atas talian selama satu jam setiap subjek. Ketiga-tiga peserta ini telah melakukan tuisyen secara online ini di rumah masing-masing untuk menghindari wabak covid-19. Catatan nota telah dilakukan untuk rujukan dan ulangkaji pada masa akan datang.