Tarikh | : 10 Oktober 2020 |
Masa | : 2.00 - 6.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Peserta | : Usahawan / Peniaga kecil |
Tujuan:
Untuk membantu memudahkan pengguna membuat verifikasi maklumat perniagaan. Selain itu, pihak kerajaan dapat menyalurkan bantuan yang berkaitan dengan pembangunan komuniti dan prospek perniagaan.
Aktiviti:
Pengguna telah menggunakan komputer di Pusat Internet untuk mendaftar SSM dengan bantuan petugas Pusat Internet. Selepas itu, mereka akan membuat 'thumb print' di hadapan pihak SSM untuk pengesahan pendaftaran. Program ini dapat memudahkan orang ramai khususnya penduduk Hulu Perak yang ingin mendaftar SSM kerana tidak perlu turun ke ibu pejabat SSM di Ipoh. Program ini juga telah mengikut SOP yang ditetapkan ekoran kes Covid-19.