Tarikh                      : 26 Oktober 2024
 Masa   : 09.20 am - 10.00 am
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Memberi taklimat kesedaran kepada kanak-kanak berkenaan dunia digital. Tujuan program NADI x Safe-Shield dilaksanakan adalah untuk mencipta dunia digital yang lebih baik serta memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan digital dan tabiat digital yang baik. 

Aktiviti:.

-Contoh kebaikan internet seperti memudahkan pencarian maklumat, membantu dalam membuat kerja sekolah, mencari kawan baharu.

-Penerangan berkenaan risiko dan cabaran dunia digital kepada kanak-kanak.

-Penerangan berkenaan jejak digital kepada kanak-kanak, iaitu maklumat yang ditinggalkan semasa melayari internet dalam komputer atau telefon bimbit. 

-Petugas turut berkongsi tips keselamatan internet seperti 1) Elakkan berkongsi maklumat peribadi 2) Fikir dahulu sebelum "click" dan "share" di media sosial 3) Semak tetapan privasi dan keselamatan peranti masing-masing.

 

Gambar Disini