Tarikh | : 26 Oktober 2024 |
Masa | : 11.00 am - 11.45 am |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Pemeriksaan kesihatan kendiri untuk peserta e-sport. Pemeriksaan adalah percuma kepada ahli NADI. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan kesihatan serta akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti untuk setiap individu dan komuniti. Ujian kesihatan kendiri juga membantu mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit seperti tekanan darah tinggi, gula dalam darah, atau kolesterol tinggi. Pengesanan awal meningkatkan peluang rawatan berkesan dan mencegah komplikasi.
Aktiviti:.
-Menyediakan kemudahan peralatan saringan kesihatan kendiri yang sesuai untuk membantu memperkasakan komuniti dalam membuat saringan kesihatan secara konsisten.
-Komuniti boleh melakukan penilaian kesihatan kendiri termasuk tekanan darah, BMI (Indeks Jisim Badan), dan bacaan gula dan kolesterol pada masa yang sesuai untuk mereka
-Petugas akan merekodkan bacaan penilaian kesihatan kendiri sebagai rekod.