Tarikh                      : 21 Oktober 2024
 Masa   : 08.30 am - 02.00 pm
 Lokasi : Sek Keb Batu 4, Gerik
 Peserta : Pelajar Sek Keb Batu 4, Gerik

 

 

Tujuan: 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak menjemput NADI Kluster Hulu Perak untuk mengadakan pameran dan memberi ceramah kepada warga Sekolah Kebangsaan Batu 4, Gerik, bersempena Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak : Kasih Kanak-Kanak Peringkat Daerah Hulu Perak. Program ini bertempat di Sekolah Kebangsaan Batu 4, Gerik. Objektif program adalah bagi meningkatkan kefahaman kanak-kanak berkenaan situasi kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan. Disamping itu juga memberi pendedahan kepada mereka berkenaan tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa, penjaga kanak-kanak sendiri atau komuniti apabila berlaku kes-kes tersebut. 

Aktiviti:.

-Memberi ceramah berkenaan keselamatan, pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak.

-Sesi kuiz berkaitan isi kandungan ceramah.

-Pembukaan kaunter saringan kesihatan oleh pihak NADI bagi membolehkan pelajar atau guru membuat ujian saringan kesihatan.

 

Gambar Disini