Tarikh                      : 19 Oktober 2024
 Masa   : 08.30 am - 03.00 pm
 Lokasi : Dewan Persidangan Gerik
 Peserta : Usahawan Hulu Perak

 

 

Tujuan: 

Program Keusahawanan bersama hampir 100 orang peserta yang terdiri daripada usahawan Hulu Perak. Bertempat di Dewan Persidangan Gerik. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi latihan keusahawanan percuma serta pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan kepada bakal usahawan serta usahawan sedia ada. 

Aktiviti:.

-Pendaftaran peserta dan pembahagian peserta kepada beberapa kumpulan.

-Taklimat perniagaan bersama tenaga pengajar berpengalaman. Modul latihan yang dilaksanakan adalah:

    i Asas Perniagaan (Perancangan Perniagaan)

    ii Asas Pemasaran & Pemasaran Digital

    iii Asas Kewangan

    iv Operasi Perniagaan

-Sesi diteruskan dengan aktiviti membuat Rancangan Perniagaan bersama ahli kumpulan masing-masing dibantu oleh pengajar.

-Pihak NADI turut membuka kaunter saringan kesihatan di mana usahawan boleh membuat saringan tekanan darah, ujian gula dalam darah.

-Selain tu, kaunter Bank Rakyat serta Tekun turut dibuka kepada usahawan yang ingin membuka akaun perniagaan atau membuat pinjaman pembiayaan perniagaan. 

 

Gambar Disini